LATARBELAKANG KELUARGA
HAJI OMAR DAN MUNIRAH@KASMUNAH
1875 – Perang Kelang (Perang
Saudara Selangor) telahpun tamat.
Selangor diletakkan di bawah pentadbiran
British. Negeri Selangor telahpun
aman. Banyak lombong dan tanah-tanah
pertanian di buka. Buruh-buruh dari
Negara China, India dan Kepulauan Melayu dibawa masuk. Ada yang datang secara bersendirian dan ramai juga
yang datang melalui agen pemerdagangan orang.
1890-an – Salah seorang daripada
mereka ialah Yai Omar Bin Abdul Salam. Dipercayai berasal dari Jawa Timur. Mungkin Demak (tidak jauh dari Surabaya). Berhijrah
ke Tanah Melayu (Singapura/Johor).
Tinggal di Pontian, perkampungan yang telah sedia diteroka dan dibuka
oleh imigran Jawa yang datang sebelumnya.
Bertemu jodoh dengan Nyai Munirah@Kasmunah Binti Ibrahim Dikurniakan
beberapa orang anak.
1900-an Tidak berapa lama kemudian
Yai Omar bersama anak isteri berhijrah ke
Selangor. Meneroka dan membuka tanah kebun
di Lapis 7 Kampung Sementa yang jaraknya kira-kira 6 batu dari Pekan Kelang. Di
sana beliau dikurniakan beberapa orang anak lagi dan menjadikan jumlahnya sembilan
orang. Ahmad Jamjam, Shamsuri, Siti Fatimah, Sulaiman, Mona Tijah, Siti Alfiah,
Sukepi, Manisah dan Johari.
Untuk menyara keluarga beliau
bercucuk tanam dan berkebun. Di atas
kesungguhannya bekerja, beliau telah diberi kepercayaan masyarakat sebagai ‘lurah’ (ketua kampung) dan British pula
telah memberi mandat sebagai mandor (ketua pekerja). Beliau
bersama-sama pengikutnya membantu British membangunkan Pesisir Barat Selangor
(Kelang hingga Kuala Selangor) dengan membawa
masuk beratus-ratus pekerja dari Tanah
Jawa (melalui Singapura dan Kelang), membuka kebun-kebun dan kampung-kampung
baru , ladang-ladang baru (contohnya Ladang Guthrie), membina jalanraya
(contohnya Jalan Kampung Kuantan, Kuala Selangor) dan membina sistem
perparitan.
1915-an – Yai Haji Omar ‘minggat’
membawa diri. Mungkin akibat ancaman atau ugutan yang dikenakan British terhadapnya. Menurut
Allahyarham Yai Marhani B. Hj. Kasan “kehilangannya misterius”.
Nyai Munirah@Kasmunah yang ditinggalkan suami terus membesarkan dan
mendidik anak-anak dan cucu-cucunya dengan penuh kasih sayang. Beliau mendidik anak cucunya mengaji Al Qur’an, ibadat Solat,
Ibadat Puasa dan akhlak Islamiah. Beliau Meninggal dunia tahun 1955 dan jenazahnya disemadikan di Tanah
Perkuburan Islam Sementa.
1930an –Yai Ahmad Jamjam
dan Nyai Mona Tijah berhijrah ke Sekinchan. Yai Sukepi berhijrah ke
Kampung Jenjarom, Banting. Yai Shamsuri,Nyai Fatimah, Yai Sulaiman,Siti Alfiah, Nyai
Manisah dan Yai Johari terus menetap di Sementa. Mereka beranak cucu di sana.
Ada di antara mereka yang aktif
dalam aktiviti kemasyarakatan, perdukunan, imam kariah selain sebagai surirumah
atau petani yang berjaya.
Antara anak-anak Yai Ahmad Jamjam
ialah Mustawingah , Basir, Hal@Kantek , Latifah , Dorri dan Miah. Kesemuanya
menetap di Sekinchan.
Anak-anak Yai Shamsuri
termasuklah Kassim (Assam Jawa), Kasiroh, Kasiah, Boniah dan Hj. Mahmud
(Sementa).
Anak-anak Nyai Siti Fatimah ialah
Fatonah (Sementa), Sidek (Sementa), Nafsiah (Jeram), Muslimin (Sementa),
Walijah (Jenjarom), Saniah@Ros (Assam
Jawa) dan Rukoyah (Sungai Sebilang/Jeram).
Anak-anak Yai Sulaiman
termasuklah Khotimah, Khaironi, Khatmilah, Khairunah, Khamiskiah dan Hamim
(Sementa)
Anak-anak Mona Tijah termasuklah
Shafie (Sekinchan), Salamah, Maimunah, Asmah (Assam Jawa), Baniah (Simpang Renggam)dan Amir (Sekinchan)
Anak-anak Siti Alfiah
termasuklah Jamian , Salbiah, Ahmad,
Asiah , Satariah dan Marhani kesemuanya menetap di Sementa.
Anak-anak Yai Sukepi termasuklah
M. Talkah (Sementa), Imtiah (Jenjarom), Aminah (Jenjarom), Sa’abani (Jenjarom),
Ramjani (Jenjarom)i, Ramlan (Jenjarom) dan Nasar (Jenjarom)
Anak-anak Nyai Manisah termasuklah Aslahiah, Hanbali, Hairi
dan Arbai. Kesemuanya menetap di
Sementa.
Anak-anak Yai Johari termasuklah
Roimah (Sementa), Abd Rahman (Sementa) dan Basariah (Perepat)
1950-an – Beberapa orang generasi
kedua berpindah mengikut suami ke tempat lain.
Misalnya ke Meru, Assam Jawa, Jeram, Morib dan lain-lain. Mereka sudah
mulai hidup berasimilasi dengan dengan
suku-suku Bugis, Banjar dan suku-suku Melayu yang lain.
1980-an – Generasi ketiga ada
yang berkhidmat dengan kerajaan. Ramai juga yang bekerja sendiri atau bekerja
dengan syarikat swasta. Ada yang menetap di Tanah Rancangan FELDA dan ada juga
yang telah berhijrah ke negeri-negeri lain. Bahkan ada yang menetap di Singapura.
Sebahagian generasi ketiga masih mewarisi bahasa dan adat budaya
Jawa contohnya rewang, kondangan, pamitan,
sambatan, nyumbang, slametan, puputan dan jagong bayi.
Sebahagian lagi masih mengenali jenis
makanan dan hidangan seperti getuk, sego
ambeng, bubur abang, urap, kuluban, rengginan, peyek, tempe dan tivol.
2010 – Pertemuan cucu-cicit Keluarga
Hj. Omar & Munirah@Kasmuniah telah diadakan buat pertama kalinya di Kampung
Assam Jawa (Kediaman Mohamad Jamil Bin Othman) dengan jumlah kehadiran dianggarkanlebih
500 orang.
2012 – Pertemuan keluarga
berikutnya diadakan di Kampung Sementa (Kediaman Pn. Khairiah Bt Wasilan – Balu
Allahyarham Marhani B. Hj. Kasan pada tarikh 29 Disember 2012))
Disediakan oleh:
Mohamad Jamil Bin Othman
Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai,
Nilai, N. Sembilan.