Tuesday 19 March 2013

LATAR BELAKANG KELUARGA HAJI OMAR



LATARBELAKANG KELUARGA HAJI OMAR DAN MUNIRAH@KASMUNAH
1875 – Perang Kelang (Perang Saudara Selangor)  telahpun tamat. Selangor  diletakkan di bawah pentadbiran British.  Negeri Selangor telahpun aman.  Banyak lombong dan tanah-tanah pertanian di buka.  Buruh-buruh dari Negara China, India dan Kepulauan Melayu dibawa masuk. Ada  yang datang secara bersendirian dan ramai juga yang datang melalui agen pemerdagangan orang.
1890-an – Salah seorang daripada mereka ialah Yai Omar Bin Abdul Salam. Dipercayai berasal dari Jawa Timur.  Mungkin Demak (tidak jauh dari Surabaya). Berhijrah ke Tanah Melayu (Singapura/Johor).  Tinggal di Pontian, perkampungan yang telah sedia diteroka dan dibuka oleh imigran Jawa yang datang sebelumnya.   Bertemu jodoh dengan Nyai Munirah@Kasmunah Binti Ibrahim Dikurniakan beberapa orang anak.
1900-an Tidak berapa lama kemudian Yai Omar  bersama anak isteri berhijrah ke Selangor.  Meneroka dan membuka tanah kebun di Lapis 7 Kampung Sementa yang jaraknya kira-kira 6 batu dari Pekan Kelang. Di sana beliau dikurniakan beberapa orang anak lagi dan menjadikan jumlahnya sembilan orang. Ahmad Jamjam, Shamsuri, Siti Fatimah, Sulaiman, Mona Tijah, Siti Alfiah, Sukepi, Manisah dan Johari.
Untuk menyara keluarga beliau bercucuk tanam dan berkebun.  Di atas kesungguhannya bekerja, beliau telah diberi kepercayaan masyarakat sebagai ‘lurah’ (ketua kampung) dan British pula telah memberi mandat sebagai mandor (ketua pekerja).   Beliau bersama-sama pengikutnya membantu British membangunkan Pesisir Barat Selangor (Kelang  hingga Kuala Selangor) dengan membawa masuk beratus-ratus  pekerja dari Tanah Jawa (melalui Singapura dan Kelang), membuka kebun-kebun dan kampung-kampung baru , ladang-ladang baru (contohnya Ladang Guthrie), membina jalanraya (contohnya Jalan Kampung Kuantan, Kuala Selangor) dan membina sistem perparitan.
1915-an – Yai Haji Omar ‘minggat’ membawa diri. Mungkin akibat ancaman atau ugutan  yang dikenakan British terhadapnya. Menurut Allahyarham Yai Marhani B. Hj. Kasan “kehilangannya  misterius”.
Nyai Munirah@Kasmunah  yang ditinggalkan suami terus membesarkan dan mendidik anak-anak dan cucu-cucunya dengan penuh kasih sayang. Beliau mendidik  anak cucunya mengaji Al Qur’an, ibadat Solat, Ibadat Puasa dan akhlak Islamiah. Beliau  Meninggal dunia  tahun 1955 dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sementa.
1930an –Yai  Ahmad Jamjam  dan Nyai Mona Tijah berhijrah ke Sekinchan. Yai Sukepi berhijrah ke Kampung Jenjarom, Banting. Yai Shamsuri,Nyai  Fatimah, Yai Sulaiman,Siti Alfiah, Nyai Manisah dan Yai Johari terus menetap di Sementa. Mereka beranak cucu di sana.
Ada di antara mereka yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, perdukunan, imam kariah selain sebagai surirumah atau petani yang berjaya.
Antara anak-anak Yai Ahmad Jamjam ialah Mustawingah , Basir, Hal@Kantek , Latifah , Dorri dan Miah. Kesemuanya menetap di Sekinchan.
Anak-anak Yai Shamsuri termasuklah Kassim (Assam Jawa), Kasiroh, Kasiah, Boniah dan Hj. Mahmud (Sementa).
Anak-anak Nyai Siti Fatimah ialah Fatonah (Sementa), Sidek (Sementa), Nafsiah (Jeram), Muslimin (Sementa), Walijah (Jenjarom), Saniah@Ros  (Assam Jawa) dan Rukoyah (Sungai Sebilang/Jeram).
Anak-anak Yai Sulaiman termasuklah Khotimah, Khaironi, Khatmilah, Khairunah, Khamiskiah dan Hamim (Sementa)
Anak-anak Mona Tijah termasuklah Shafie (Sekinchan), Salamah, Maimunah, Asmah (Assam Jawa), Baniah  (Simpang Renggam)dan Amir (Sekinchan)
Anak-anak Siti Alfiah termasuklah  Jamian , Salbiah, Ahmad, Asiah  , Satariah dan Marhani  kesemuanya menetap di Sementa.
Anak-anak Yai Sukepi termasuklah M. Talkah (Sementa), Imtiah (Jenjarom), Aminah (Jenjarom), Sa’abani (Jenjarom), Ramjani (Jenjarom)i, Ramlan (Jenjarom) dan Nasar (Jenjarom)
Anak-anak Nyai  Manisah termasuklah Aslahiah, Hanbali, Hairi dan Arbai.  Kesemuanya menetap di Sementa.
Anak-anak Yai Johari termasuklah Roimah (Sementa), Abd Rahman (Sementa) dan Basariah  (Perepat)
1950-an – Beberapa orang generasi kedua berpindah mengikut suami ke tempat lain.  Misalnya ke Meru, Assam Jawa, Jeram, Morib dan lain-lain. Mereka sudah mulai  hidup berasimilasi dengan dengan suku-suku Bugis, Banjar dan suku-suku Melayu yang lain.
1980-an – Generasi ketiga ada yang berkhidmat dengan kerajaan. Ramai juga yang bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat swasta. Ada yang menetap di Tanah Rancangan FELDA dan ada juga yang telah berhijrah ke negeri-negeri lain. Bahkan ada yang  menetap di Singapura. 
Sebahagian generasi ketiga  masih mewarisi bahasa dan adat budaya Jawa  contohnya rewang, kondangan, pamitan, sambatan, nyumbang, slametan, puputan dan jagong bayi.
Sebahagian lagi masih mengenali jenis makanan dan hidangan seperti getuk, sego ambeng, bubur abang, urap, kuluban, rengginan, peyek, tempe dan tivol.
2010 – Pertemuan cucu-cicit Keluarga Hj. Omar & Munirah@Kasmuniah telah diadakan buat pertama kalinya di Kampung Assam Jawa (Kediaman Mohamad Jamil Bin Othman) dengan jumlah kehadiran dianggarkanlebih 500 orang.
2012 – Pertemuan keluarga berikutnya diadakan di Kampung Sementa (Kediaman Pn. Khairiah Bt Wasilan – Balu Allahyarham Marhani B. Hj. Kasan pada tarikh 29 Disember 2012))

Disediakan oleh:
Mohamad Jamil Bin Othman
Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai,
Nilai, N. Sembilan.